Ceramah Perdana Di Kelana Jaya, 4/2/2008 (ISNIN)

January 27th, 2008 by anwaribrahimfanclub

Jadual Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim 17/1/08-22/1/08

January 15th, 2008 by anwaribrahimfanclub

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim (17/1/08 –
22/1/08)

 

17/1/08 (Khamis)

Lawatan Kerja Ke Melaka

Contact: En Khalid 012
315 2928

 Shamsul 019 341 3312

 

5.30pm High-tea
Bersama Masyarakat Cina Bhg. Tangga Batu

 Tempat: Restoren Tong Suen, No. 10,
Jalan CP1, Taman Cheng Permai, Cheng, Melaka

 

7.15pm Solat Maghrib dan Tazkirah

 Tempat: Baitul Qura, Pokok Assam,
Paya Rumput Jaya (Sg. Udang)

8.00pm Jamuan
Makan Malam Rakyat Bersama DSAI (program bermula dari 7.00 ptg)

 Tempat: Restoren Mengkuang, Taman
Mengkuang, Paya Mengkuang, Masjid Tanah, Melaka

 

9.00pm
Ceramah Perdana

 Tempat: Di Padang Sekolah An-Nuriah,
Batu 11, Sg.Udang, Melaka

 

18/1/08 (Jumaat)

Lawatan Kerja ke Kuala Selangor dan Tanjung Karang

Contact: Zaki 019 3695944

7.15pm Maghrib

 

8.00pm Jamuan Mesra dengan Rakyat

Tempat:
Pekan Ijok

 

9.00pm Ceramah Umum

Tempat:
Batang Berjuntai

 

10.00pm Ceramah Perdana

Tempat: Sg
Gulang-Gulang (DUN Permatang)

 

11.00pm Ceramah Perdana

Tempat: Asam
Jawa (DUN Bkt Melawati)

 

 

19/1/08 (Sabtu)

Lawatan Kerja Ke

Sabah

Contact: Hj Umsery 016 8329888

 Christina Liew 016
831 4629

 

02.45
pm     : Visit

Datuk
  Dr

Jeffrey

03.05
pm     : Dialogue with Chinese Community

 Tempat:

Kota

Kinabalu

 

06.45
pm     : Ceramah Umum

Tempat:
Jalan Bundusan, Penampang

 

08.30pm    
: Ceramah Perdana

AHAD
20/01/08

09.30am   
: Ceramah Umum

Tempat:
Kg Karukan, Beaufort

 

12.00pm   
: Solat Zohor & Makan Tengah

Tempat:
Rumah Hj Ramli Dua

 

01.00pm   
: Ceramah Umum

Tempat:
Perkarangan Tokong Cina, Sipitang

 

 

Ahad 20/1/08

Program Bandar Tun Razak

Contact: En Salleh 012 9073621

 

9.00pm Ceramah Perdana

 Tempat: Seri Labuan Flat, Bandar Tun Razak

 

 

22/1/08
(Selasa)

Lawatan Kerja ke Pahang

Contact: Zakaria 019 234 0997

 

1.30 ptg     - solat zuhor

 Tempat: masjid
Muazam Shah (DUN Muazam Shah, Parlimen Rompin)

 

2.00pm - Jamuan tengahari bersama rakyat

Tempat: Restoren Mutiara Muazam Shah

 

4.30 ptg     - solat asar di masjid
Chini 1

 

5.00 ptg - minum petang bersama rakyat

 Tempat:
gerai Chini (DUN Chini, Parlimen Pekan)

 

6.30 ptg     - minum petang bersama masyarakat
Cina

Tempat: pekan Gambang (DUN Lepar,
Parlimen Paya Besar)

 

8.30 mlm    - solat isyak dan tazkirah

 Tempat: masjid
batu 11, jalan gambang

 

9.00 mlm – Perjumpaan dgn Masyarakat

India

 Tempat:
Semambu, Kuantan

 

10.30 mlm  - ceramah Perdana 

Tempat: kg pandan, Parlimen Paya
Besar

Interview: Gerhana Ska Cinta Suarakan Lolongan Para Marhaen

January 3rd, 2007 by anwaribrahimfanclub

Oleh Mushroom Ali & Syafiq Sunny

Gerhana Skacinta
(Gerhana) lahir di era kebangkitan semula muzik Ska tanahair sekitar
1990an. Warna muzik dengan garapan irama reggae, Gerhana memberi nafas
baru kepada pencinta seni tanahair yang sentiasa dahagakan originaliti,
kreativiti, dan lebih dari itu, “KeMalaysiaan”.Dianggotai pejuang Ska Edy King Django, Sir Reggie, Bakri, Cik Widy, Fairus dan Jalud,
Gerhana menerjah ke arena seni tanahair dengan citarasa unik, suatu
elemen yang hampir pupus ditelan aliran muzik perdana yang
statik.Kerana Edy Django merupakan nadi kepada Gerhana, maka
pengaruhnya memberi kesan besar kepada olahan lagu kumpulan itu. Kisah
hidupnya diterjemahkan ke lagu, dan didendangkan sebagai tribute, kepada pihak-pihak yang berkenaan.”Gerhana Skacinta bukan band picisan,” kata Edy Django sewaktu ditemui Suara Keadilan di gerai minumannya di Stesen Bas Puduraya.

“Bahan kami tulen. Dalam erti kata lain, kami melalui setiap apa
yang dinukil dalam lirik Gerhana. Bukan fiksyen, tetapi titik-titik
sejarah dalam nota hidup kami. Itu sesuatu yang jarang dilihat dalam
mana-mana band tanahair,” jelasnya.

Lihat saja lirik single terbaru Gerhana, Penindasan Golongan
Bawahan. Diringi susunan lagu yang kemas - realiti pahit rakyat serta
kritikan pedas dari kaki lima ini terlalu enak untuk dikesampingkan:

Derita rakyat tak terbela, kita yang menjadi mangsanya,
kemiskinan dan kebuluran, mereka hanya tahu gelak ketawa Kita ditendang dan dipijak, kita dicaci dan dimaki,
kita berdiri dalam kegelapan, apakah ini erti kehidupan?” 

Muzik, menurut Edy, tidak seharusnya dongeng. “Pada aku ia penyataan
hati yang berani, seharusnya ia cerminan apa yang kau rasa, apa yang
kau lalui, apa yang kau lihat di depan mata,”"Golongan bawahan ini,
dilayan seolah-olah kasta rendah. Ditekan, dipermainkan, dipergunakan.
Kerana kebanyakan golongan bawahan ini tidak berpelajaran tinggi, atau
juga tidak arif dalam hal undang-undang, mereka diperlekehkan, hak
mereka ditindas. Apa ini semua?”Mungkin kerana originaliti dan irama catchy
lagu-lagunya, maka album Gerhana yang lalu, ‘The New Authentic’,
mencecah jualan melebihi 35,000 unit. Satu pencapaian yang membanggakan
bagi sebuah band yang menurut Edy “bukan underground, bukan juga mainstream“.”Ambil
contoh peniaga-peniaga kecil di Puduraya. Seperti aku juga, kita sudah
berniaga di sini bertahun lama. Keluarga aku mengusahakan gerai minuman
dan kuih-muih dari tahun 1976 lagi.”

“Sepatutnya premis-premis ini sudah boleh dibeli tapi bila kami
rujuk hal ini ke pemilik bangunan (Uda Holdings), kau tahu apa pegawai
itu kata? “Engkau orang semua sampai mati kena bayar sewa!”"

Tambah Edy lagi, apa yang berlaku di Puduraya hanyalah sebahagian kecil
dari apa yang dilalui oleh kelas pekerja Malaysia, yang membentuk
peratusan terbesar dari penduduk negara ini.

“Kita pembayar cukai teramai, tapi kenapa kita tidak menerima
layanan sewajarnya? Dalam perhimpunan, semasa pilihanraya, semangat
berkobar-kobar nak bantu peniaga-peniaga kecil, tapi tinggal kata-kata.
Ketika ke institusi yang berkenaan untuk berurusan, kita masih dilayan
seperti [SK terpaksa memotong bahagian ini-editor].”

“Kerana
lipas seekor, mak aku yang lumpuh separuh badan dihumban ke lokap
selama lima jam, sementara tunggu aku dan ahli keluarga lain berjaya
kumpul duit secukupnya untuk bayar saman ke atas gerai kecil kami.”

“Itu belum cerita soal ceti lagi. Disebabkan pinjaman melalui bank
agak sukar, dengan prosedur itulah, prosedur inilah, syarat itu dan
inilah, ceti lah Bank Bumiputra kami,” jelas Edy.
Jadi dari situ, kata Edy, mendorongnya untuk membuat lagu tersebut, yang ditujukan khas kepada golongan bawahan.

“Lagu ini untuk semua yang terasa - tak kisahlah peniaga kecil ke, konstabel polis ke, atau penduduk Kampung Berembang ke,” tambah artis muda ini lagi.

“Aku belajar tidak tinggi. Kesempitan hidup memaksa aku tamat
belajar masa darjah enam untuk bantu ibu-bapa aku di gerai inilah
(sambil menunjukkan gerainya).”

“Hari-hari aku mop lantai, buat air, tengok ibu bapa aku susah-payah cari duit nak bagi kami sekelurga cukup segalanya.”

“Sekitar umur 14 tahun, bapa aku masukkan aku ke Yamaha School of Music dengan bantuan duit ceti,” cerita Edy.

Pengalamannya untuk terus hidup, diasak kesempitan dan tekanan,
menjadikan beliau seorang yang kental dan bertanggungjawab. Edy kini
mengusahakan gerai tersebut dari ibunya, yang telah meninggal dunia.

Sejak penubuhan kumpulan itu, resipi Gerhana dari kumpulan jalanan
kepada siulan remaja hari ini menggamit perasaan ingin tahu orang
ramai. Mungkin kerana kemahiran berniaga dan sikap street-smart
watak-watak kumpulan Ska itu, yang digilap dari bertahun-tahun hidup di
celah-celah kota Kuala Lumpur, melonjakkan kumpulan itu hari ini.

Malah, bukan calang-calang konsert yang menjemput Gerhana Skacinta
untuk beraksi. Gerhana dijadualkan beraksi di konsert ‘Rock The World
7′ Kuala Lumpur, bersama barisan kumpulan artis terkemuka tanahair pada
16 Disember nanti. Gerhana juga tampil dalam senarai artis-artis
antarabangsa di ‘World Raggae Fest’ di Bali, Indonesia pada Februari
2007.

Album terbaru Gerhana berjudul ‘This Is Ska’, kini telahpun berada
di pasaran, menyajikan lagu-lagu mantap dan lirik-lirik yang kritis,
menjanjikan kepuasan kepada pendengarnya. Apapun, lagu Penindasan
Golongan Bawahan ialah bertaraf lima bintang!

Ketika ditanya apakah imej Skinhead yang sinonim dengan lagu Ska mungkin membantutkan perkembangan Gerhana, Edy menjawab:

“Melalui album ini, Gerhana mahu mendidik pendengar apa itu Ska, apa itu Raggae dan apa itu Skinhead.”

Menurut Edy, Skinhead tidak lebih dari sub-budaya kelas pekerja:
“Seragam Skinhead yang kita lihat ialah seragam pekerja-pekerja buruh
1950an, terutamanya di United Kingdom. But tinggi, botak dan berpakaian
ketat ialah pakaian releven di sektor industri.”

“Hanya aku Skinhead dalam Gerhana. Dan Skinhead tidak lain, tidak
bukan hanyalah suatu segmen masyarakat yang seragam, yang kemas dan
menggemari muzik Ska dan Raggae. Skinhead hanya mahu hidup bekerja,
mahu makan dan minum, dan terus hidup keesokan harinya, seperti
mana-mana manusia waras yang lain,” tegas Edy.

Namun, sekitar 1970an keganasan perkauman mengancam United Kingdom.
Ekonomi negara yang meleset dan kelesuan industri menekan belia negara
itu.

Parti
politik berhaluan kanan seperti National Front dan Gerakan Rakyat
British (British Movement) menuduh immigran Asia mengancam pekerjaan
penduduk tempatan.
Menggunakan alasan itu, parti itu berjaya menarik sebahagian dari
komuniti buruh, Skinhead khususnya, menyertai agenda fasis mereka.

Ini, jelas Edy, mencetuskan salah faham masyarakat, seiring dengan perkembangan Skinhead ke merata negara, sehingga ke hari ini.

“Asasnya, Skinhead tidak berbeza dari sesiapapun. Apa yang dikecam
media mengenai kebanyakan Skinhead, juga dilakukan oleh kebanyakan
orang di disko atau di mana juga.”

“Disebabkan kami berseragam, dan pihak-pihak berkenaan mahukan
elemen musuh bagi menguatkan agendanya, kami dijadikan sasaran kerana
kami lebih menonjol berbanding pakcik di tepi jalan, budak kaya nakal
ataupun rempit jalanan,” katanya lagi.

“Media tuduh kami makan sampah. Kita ada kehidupan sendiri, and we work for a living. Patut ke kami makan sampah? Logik ke orang makan sampah?” soal Edy.

Sebelum berpisah, artis muda ini menyatakan harapannya untuk melihat nasib golongan bawahan terbela.

“Jangan salah faham, aku bukan aktivis. Aku Skinhead. Dan aku hanya mahu terus hidup.”

—–
Mushroom Ali menulis untuk Suara Keadilan. Penulis merupakan ahli teras Unit Pemikiran Politik,
wacana anak-anak muda yang bosan bersembang mengenai baju dan kasut
baru. Penulis bukan aktivis, bukan Skinhead. Beliau hanya mahu terus
hidup.

Diterbitkan di Suara Keadilan bilangan 97
Gambar ehsan Edy Django (http://www.myspace.com/gscgerhanaskacinta)